Wednesday, 25 July 2012

baju kurung; pattern testing

walaupun dah jahit a few batches of baju kurung untuk diri sendiri, masih ada ukuran2 yang saya tak pasti. saya memang ada tulis nota, tapi macam biasalah nota saya, bila tengok balik, habuk tak faham. 
macamlah sangat 'doktor' tulisan saya kann..

sebenarnya takde masalah pun dengan tulisan saya cuma takut ada yang saya tak update.. masa buat notes fikir lain, masa jahit tu selalunya ada je yang diubahsuai mengikut citarasa..

makanya setiap kali adalah kena start from scratch..

bagusnya, pengulangan menjadikan kerja-kerja semakin simple bagi saya.. as in 'practice makes perfect'. explorasi jahitan pun ye jugak. so beside skills, techniques pun improving..

cumanya, saya akan mengambil masa yang lama nak ukur balik, lukis balik, test balik, sedang kalau ikutkan haruslah lebih ekspress kan, dah expert lah sepatutnya kan..! ;P
.
.
.

so menjelang hari raya tahun ni, saya nak tukarlah kebiasaan tu. since batch after batch my baju kurung dah makin sedap dipakai, so saya pun plan nak guna  pattern terakhir yang saya guna untuk latest batch..

tadaaa...


kite teruslah ke gambar baju yang saya jahit untuk test pattern tu ;D



saya memang suka baju pattern ni, sebab ada shape sket kot.. hehe

the fitting, oklah just nice.. 
arakian selepas tu..

gigihla makcik memotong kain2 yang ada untuk baju2 kurung yang lain2nya.. cotton belaka, senang.. 
pakai tekap2 je tak perlu pakai jarum peniti pun.. 
alasan jahit baju banyak2 ni; dah bosan dengan baju sama pakai gi keja..


consciouslah sangat kalau orang perasan kita pakai baju sama kann..







by pukul 12:00 mlm, baru tiga pasang terpotong. kalau ikutkan mood ni nak potong banyak2 lagi, bajet nak jahit sket2 hari kerja. 'sikit2 lama2 jadi bukit' kaedahnya.. gigih kann....?!


hahaha.. yang penting harap2 saya taklah terlalu penat nak jahit lepas balik kerja hari2.. 
(masih kau berharap ye, hakikatnya lepas balik kerja hari2 penat macam nak pengsan ;P)

yet, bab menjahit memang sangat berbeza semangatnya.. tiba-tiba tak jadi nak pengsan. hihi!