Wednesday, 31 October 2012

flounce dress with ruffles

project lama
tapi baru nak siapkan
finishing bawah je pun tapi kalau dah tertangguh tu, susahnya la nak habiskan
sebab suka start project baru di tengah2 project lama
project saja2 sebab obses dengan ruffles
walaupun renyah nak buat

spesifikasi;
designer cotton
Wrenly by Valori Wells
fully lined with poplin cotton (confirm sejuk dan selesa)
size 2-3 tahun
tiada closure (boleh pakai belakang-depan, depan-belakang)

for SALE
RM95

berminat? roger kat fb ya!

;D



SOLD OUT


Tuesday, 30 October 2012

Sarah jane parade in multi - Syaz

ini untuk anak2 syaz
ramai yang bertanya.. kembar ke?
tak lah.. ini untuk kakak dan adik
sizing guna baju2 contoh yang diberikan..

kain.. designer cotton sarah jane's children at play
koleksi parade in multi.. kalau tak silap
comel kann...?
tapi kaler offwhite yang ngeri tu
kalau terkena kicap ke.. rendang ke.. habiss..



asalnya syaz nak one dress ni..


and one simple shirt ni je..


syaz tanya saya, boleh ke eh nak buat polka dot pink ni for boys..
saya katakan boleh aje.. ala2 vintage gitu



pesan syaz kalau ada kain lebih.. nak flounce skirt ni..


sekali... adjust punya adjust.. dapat pulak another shirt!



sebab kain sarah jane ni bidang besar sikit dari bidang biasa
dan gambar parade tu ada kat both selvages of the fabric

best kann..?
harap syaz suka..
walaupun saya mengambil masa yang lama untuk settlekan lubang butang
untuk both shirts tu.

versi dah letak butang..
gambar tak clear sebab ambik pakai tablet



nak tunjuk jugak eh.. hahah!



flounce dress - Hadfina

Hadfina adalah anak buah saya yang baru berusia setahun lebih
saya jahit baju ni main agak2 je saiz, tak sempat ukur badan si kecik tu pun
so bila dah siap, saya sangat berdoa supaya semuanya ok2 aje ;P

sisi depan



 sisi belakang
sengaja cari kain kaler kontra untuk bias finishing dan shashing supaya lebih menyerlah


mama fina kata, fina dah pakai pun baju ni seharian beraya korban last week..
tapi takde ambik gambar
"awat tak habaq.." kata mamanya
hehe.. saya pun terlupa nak pesan
tak dalah gambar si comel menggayakan bajunya..!

;D



Tuesday, 23 October 2012

baby bedding - Mira




dc panel ABC yang ceria ni.. saya gabungkan dengan cotton poplin
warna cotton poplin agak solid kan? cantik.. dah lama saya suka.
ada a few colors yang saya memang simpan untuk buat stok..


bukaan baby bedding. 
sizing guna contoh yg dibekalkan oleh mira
saya guna batting 1/2 inci saja
sebab ini actually sarung untuk tilam kekabu..
so just nak bagi lembut dan terletak je



bahagian dalam, lined dengan kain (apa taktau nama dia, beli kat kamdar)
tujuan, untuk waterproofing.
closure, seperti di bawah.. zapp saja!
lepas ambik gambar ni baru perasan, bahagian dalam tu belum serge lagi..
nasib baik!




the whole set


sarung bantal tu saya buat random je, sebab ada 4 kotak extra..
boleh main2 cari huruf yang hilang Y and Z to complete the abc song!

"now i know my ABC..  next time won't you sing with me?"


Wednesday, 3 October 2012

pending orders..

Dunia jahitan.. bukan baru bagi saya
tapi bukan terror sangat juga
tak pernah pun berguru
apa yang ada banyak saya belajar dari pengalaman..
dan pemerhatian
maka pengalaman lah guru saya

sebelum ni menjahit suka-suka saja, isi masa.. release stress..
now baru nak serius, InsyaAllah..
belum penat kerja di site lagi setakat ni..
tp rezeki yang dekat2 belum nak nampak lagi..
nak pergi jauh2, memang taklah kot..
famili perlu diutamakan
InsyaAllah rezeki ada dimana2.. asalkan berusaha saja

so dua tiga hari ni, lepas dah tamat kontrak (again!)
 kerja saya adalah mengemas bilik jahit, buku2 rujukan jahitan..
harusla mengulangkaji balik, dan mempraktikkan every single pattern drafts
kalau boleh nak berguru tapi tak nampak pula channelnya
modal pula.. mungkin ada priority lain perlu dipertimbangkan
setakat ni, modal yang dah confirm ada..
fabrik lah! hahahaa.. 
sangat tak rugi hobby saya dulu mengumpul fabrik kann.. 

bosan kan xde gambar..
nah! hasil saya dua tiga hari ni..


 list of tasks..
yang selama ni saya dok wat slow2 macam siput..



hasil yang separa siap..
sebab wat keja ikut kelapangan dan mood

paling saya tak boleh, bila customer kata..
"takpe kak, bila2 pun boleh..!!"
hahahaa xde dateline..
susah, sebab saya ni manusia biasa yang ada masanya malas, boring..
kurang motivasi.. 
so kalau taknak pakai lagi pun kena la bagi date..
makcik nak wat date sendiri, of course la ada unsur2 conflict of interest..
tiba2 jahit baju sendiri je banyak kann.. ;P

harap no offense jika ada customer yg terbaca apa yg saya nukilkan ni..
semuanya sekadar perkongsian semata-mata.. ;D



selamat menjahit...!! ..kepada diri saya dan tukang2 jahit semua..