Sunday, 29 January 2012

kurung pahang putih


baju kurung pahang for a beloved friend..
haruslah dijahit dengan penuh kasih sayang..
kainnya sensitip!



 close up sulaman
beli kat Bandung kot..
cant help but wonder
macam mana diorang jahit bunga sulaman benang yang timbul2 tu..

nak jahit kain ni kena pakai losyen dulu tau
sebab mudah sangat benangnya tertarik pada kutikel kuku yang mengelupas or kering
ngeri pun ada takut terlekat stain di mana2..


Alhamdulillah dah complete,
ikut ukuran baju contoh
tapi difikir balik, lain kali kena ambik ukuran badan sekali
for checking/ mengurangkan confuse dari segi ukuran



next, to complete..
baju lagi satu


gambar: pattern drafting process
saya bekerja sambil belajar..
lambat sikit, harap tunggu ye!  ;P
(da berapa lama daa member tu tunggu x siap2)

;D







Wednesday, 25 January 2012

Hari Rabu..


Hari Rabu, technician mesin En. Zul datang bawak jarum baru
sukanya saya sebab tak payah tunggu sampai kedai mesin jahit buka hari khamis!
lepas dah siap tukar jarum, adjust setting serba sikit,
dengan excitednya saya telah menyiapkan kerja terbengkalai hari sebelumnya




 sebolehnya nak sama dgn skirt contoh
cuma topstitching tu tak dapat la nak pakai benang jeans
dan kain yang digunakan ni pun jenis stretchy dan takde effect pudar macam jeans tu

masa tengah jahit tu rasa macam menyesal2 je
sebab guna kain stretchy untuk pattern asal yang x stretch,
takut tak capai expectations!
expectations tuan dia, expectation diri sendiri..

nasib baik
bila dah siap overall sebenarnya ok je
kain sangat berat dan jatuh cantik sekali
saya sangat suka effect godets kat tengah tu.. 
suka sangat!

kat pinggang, takde getah just concealed zipper je
terkial2 nak jahit zipper ni.. tak lulus lagi
tapi lepas dah adjust ok2 je,
tapi wajib kena practice lagi le..




malam, takleh nak lelap mata
banyak pulak angan2 nak jahit itu ini..
saya cuba jahit simple blouse ni..
nak pakai dengan skirts! ;D


from 1m kain bidang 60'..(itu je yang ada)
adjust punya adjust dapat gak selai baju ni
tapi part lengan ngam2 je nak tunjuk gelang
sebenarnya saya nak labuh sikit lagi
kalau boleh cover separuh tapak tangan
option lain, buat ala lengan belon
tapi malas lah
buat yang simple ni dulu..

pagi ni, sambung jahit lagi
so dah siap sepenuhnya dah boleh pakai dah
simple sangat la pula, nak embellish ke tak eh? hmm..

fittings dah ok..
mana taknya, dah saya tekap dari baju faveret kan..
tapi sebenarnya tak 100% sama yang asal sebab saya ada adjust sikit sana sini
untuk dapatkan close fitting (sebab kain ni stretchy boleh buat ngam2 without any closures)
so kalau nak buat selai lagi kena pakai proses yang sama adjust/ try n error lagi la ni

huhuu..
ni yang malas
rasanya nak study lagi buku pattern tu
pasal close fittings, pasal mcm mana nak draf untuk stretchy fabrics

ini, akibat kejadian kalau main tekap je xde pakai formula
memang ada pros n contras nya..
pada saya, kalau nak cepat with results yang agak terjamin, camnila caranya
kalau pakai formula, belum tentu dapat effects yang kita idamkan
(mungkin boleh dapatla after a few trials)
cthnya macam nak lengan slim sikit ke, leher terjungkit sket ke..

kecuali..
korang sangat tererlah! hehee..

close up,
texture kain..


so memanglah memeri tapi tak lembik sangat kainnya dan agak tebal juga
thats why nampak keras kejung je
mana tah saya beli kain ni..
hahahaa..

tapi pada saya, bila dah jadi baju ok je..
texture bahagian dalam dia lembut so tetap selesa


tu je untuk kali ni
rasa2nya momentum nak menjahit ada lagi ni..
serger pun dah tiptop..
nak jahit apa lagi ni eh?

........



Tuesday, 24 January 2012

kalau ada jarum yang patah..

ianya adalah jarum mesin jahit tepi ku......!!
baru je rajin nak menyiapkan tempahan sempena cuti raya cina..
really had no idea pasal jarum untuk serger ni
sebab pakai mesin ni dah nak dekat 2 yrs x pernah patah pun jarumnya

kali ni stuck dengan kain lycra (something to do w setting pisau le ni,
rajin sangat nak menggodek sendiri- sekejap tukau tapak kasar, sekejap tapak halus..)


 tengok, banyak tak lints/sawang kat serger ni.. 
susah nak bersihkan (.. alasan!)

tergendala la cik gundala nak siapkan jahit patch skirts ni.. 
not mine, all are my sister's
sorry eks.. janji nak siapkan raya cine ni x siap2 jugak


skirt 1 - skirt sambung2 potongan serong,
pattern tekap from original skirt beli kat nichii 
(mokcik pakai cam flowy cantik je, tu pasal nak wat satu lagi)
material lycra



skirt 2: patch skirt with godets, guna kain denim stretch yg tebal sikit..
yang ni memangla urgent nak guna mesin jahit tepi tu
pasal nak finish dengan topstitches

moga2 menjadi la skirt ni
pasal skirt ori size s, cuba design yg sama untuk size L 
basically kembangkan ke tepi je.. ;P

original skirtnya kat gambar bawah ni, saya punya
material denim lembut, non-stretchable
my favourite!
sejak2 umur meningkat 30-an ni suka pakai skirts n blouse/long t-shirts plak
bajet sopan le tu.. hikhik..



>>>>  so cuti CNY berlalu begitu saje, projects x berapa nak jalan
bila dah biasa ada serger bila2 masa diperlukan,
sekali xleh jalan, ralat je rasa

saya dah call technician (yg sedang bercuti CNY)
dpt info jarum serger ni size apa tah, rm3.50/ 10 batang
heheh murah je rupanya,
nak cepat turnover kot sebab jarum mesin jahit tepi ni jarang patah (i assume)
tp nak beli jarum rega 35seng sebatang ni....!!
nak kena tunggu kedai mesin jahit bukak hari khamis ni lah pulak.. adehhh..
sabor.. sabor!

maybe kena sedia duit lebih sket
sebab nak suruh technician setting balik sergerku tu elok2
mcm sebelum digodek dulu..
 huhu


Sunday, 22 January 2012

telekung solat kakak, 7 tahun

tahun ini lain sikit
sebab saya dah ada seorang anak yang mula bersekolah
jadual pun berbeza, nak kena fikir ada orang yang kena pergi sekolah
dan akan balik dari sekolah.
duit kecik kena sentiasa ada dalam laci untuk duit poket

En. Ayahnya request saya jahit custom telekung untuk kakak
untuk guna di rumah dan juga kelas agama nanti

saya mengambil design telekung solat ala2 nak gi umrah ni.. 
hehe.. salah satu design telekung idaman mamanya sebenarnya..
test kat telekung anak dulu


main agak2 je size 'awning' dan lapik dagu tu
yang pastinya jenuh mengukur saiz muka
sampai tuannya buat muka boring sebab terganggu nak tengok citer kartun
nasib baik ok je
so takde la ukuran kuantitatif, sebab main tekap terus je kat muka

dalam tak sampai sejam, from scratch dah siap
tapi pasal excited sangat nak topstitch, rupa2nya terlupa..
nak pasang tali untuk secure ke belakang
aiseh..! nak tetas malas dah..
ingat2 nak tepek je lah
senang kan..

have to bear in mind though, kena buat yang paling simple je
sauk bergetah ke.. pasal kakak ni bukan pandai ikat2 simpul ni
pakai tudung sekolah pun selalu senget.. tak pass lagi..

part kain pun belum ada lagi
ingat malas dah nak cari kain putih..
rasanya nak buat dengan kain apa ada je
yang berbunga halus ke..
ok kot.. eh?


okla kot..





what this makcik is 'cooking' ..lately

well..
saya belajar draft pattern from buku 'metric pattern cutting'
agak pelik, this is something i like, buat kiraan2 tu semua
ukuran dalam cm, sehingga 2 tempat perpuluhan juga..



yelah, kiraan tambah tolak bahagi semua nak buat kat situuu jugak
pastu mulalah keliru2..

shaping for dress..
nak one piece ke, two piece ke..


basic darting/ waist shaping..
hasilnya!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tadaaaaaaaa..!


basic slopers for size 10, 12, 14, 16

lepas terbongkok2 buat kerja di lantai..

sambil bergaduh dengan orang yang suka curi pembaris
dan libas semula ke muka saya (Haris)
bila tak dapat kidnap gunting!

juga sambil terkial2 membuka semula tali inci
yang dikidnap dan disimpul ketat oleh makcik sibuk (Nadya)

banyak juga yang tak jadi sebelum2 tu, pasal tersilap kira
tersilap pandang, tersilap tanda..

part sleevesnya pun belum try lagi
saya harap lebih mudah lah hendaknya 
since dah pass buat part body..

saya tidaklah bercita2 tinggi 
sampai nak buat readymades dgn slopers ni..
just nak dapatkan feel dulu
pasal pattern design ni


(kawan2 yang nak menempah, sabar ye.. saya sedang belajar
untuk buat yang terbaik untuk korang.
InsyaAllah tahun depan siapla baju korang. hahahahaa ;P)

lepas ni part sleeves and skirts to complete!
InsyaAllah..





1st sewing project in 2012.. a bag for myself


saya dapati, bila saya perlu keluar sekejap..
ke kedai or ambil anak di sekolah,
saya takde bag yang handy nak simpan barang2 
macam phone, purse.. duit syilings, kunci kereta..
maklumlah selama kerja sebelum ni semua sumbat dalam poket bag laptop je
keluar dgn anak2 pulak mana boleh bawak2 beg ni, 
mana nak dukung si tecik,
nak pimpin tangan si kakak lagi..

bila dah tak kerja, semua barang2 ni 'berkeliaran' di mana2 di rumah tu, 
especially phone lah
kadang2 di dalam laci, di bilik jahit, di dapur, atas rak pinggan.. hahahaa..
 kat mana saya selesai bertelefon, kat situ la saya letak.
ya, i'm that cuai.. 
bila nak pakai baru mengelabah nak cari..
(bajet dah takde bos nak ding dong untuk urusan kerja kan)

so saya jahit bag ni untuk simpan semuanya setempat 
dan mudah capai bila nak keluar
saya guna linen panel yang amat saya sayangi ni
punyalah suka nak sayang2 kain ni kan.. (dasar GGK)
yang vintage haruslah semakin 'vintage' jadinya..
hhehee.. x dapat nak nolong


untuk beg ni saya test guna batting, stabilizer..
yang dah lama saya simpan
sebabnya nak adakan permukaan lembut
untuk letak tablet saya yang belum ada cover tu
(entah bila nak gi pasang cover)
resultnya memang kemas,
 tapi disebabkan tebal, proses nak turn outnya agak rumit
(ceh.. macam tu je dah rasa rumit..)
nasib baik resultnya ok je xde jahitan yang mismatch etc

ada banyak lagi gambar2 lain dalam satu panel
yang sama dengan yang ini
nanti lah suatu hari saya 'kerjakan' juga
something for my own use juga lah kan..
dah namanya sayang sangat!! ..hahahaaa

(berapa banyak beg linen panel ko nak daa..)

till then..