Wednesday, 25 January 2012

Hari Rabu..


Hari Rabu, technician mesin En. Zul datang bawak jarum baru
sukanya saya sebab tak payah tunggu sampai kedai mesin jahit buka hari khamis!
lepas dah siap tukar jarum, adjust setting serba sikit,
dengan excitednya saya telah menyiapkan kerja terbengkalai hari sebelumnya




 sebolehnya nak sama dgn skirt contoh
cuma topstitching tu tak dapat la nak pakai benang jeans
dan kain yang digunakan ni pun jenis stretchy dan takde effect pudar macam jeans tu

masa tengah jahit tu rasa macam menyesal2 je
sebab guna kain stretchy untuk pattern asal yang x stretch,
takut tak capai expectations!
expectations tuan dia, expectation diri sendiri..

nasib baik
bila dah siap overall sebenarnya ok je
kain sangat berat dan jatuh cantik sekali
saya sangat suka effect godets kat tengah tu.. 
suka sangat!

kat pinggang, takde getah just concealed zipper je
terkial2 nak jahit zipper ni.. tak lulus lagi
tapi lepas dah adjust ok2 je,
tapi wajib kena practice lagi le..




malam, takleh nak lelap mata
banyak pulak angan2 nak jahit itu ini..
saya cuba jahit simple blouse ni..
nak pakai dengan skirts! ;D


from 1m kain bidang 60'..(itu je yang ada)
adjust punya adjust dapat gak selai baju ni
tapi part lengan ngam2 je nak tunjuk gelang
sebenarnya saya nak labuh sikit lagi
kalau boleh cover separuh tapak tangan
option lain, buat ala lengan belon
tapi malas lah
buat yang simple ni dulu..

pagi ni, sambung jahit lagi
so dah siap sepenuhnya dah boleh pakai dah
simple sangat la pula, nak embellish ke tak eh? hmm..

fittings dah ok..
mana taknya, dah saya tekap dari baju faveret kan..
tapi sebenarnya tak 100% sama yang asal sebab saya ada adjust sikit sana sini
untuk dapatkan close fitting (sebab kain ni stretchy boleh buat ngam2 without any closures)
so kalau nak buat selai lagi kena pakai proses yang sama adjust/ try n error lagi la ni

huhuu..
ni yang malas
rasanya nak study lagi buku pattern tu
pasal close fittings, pasal mcm mana nak draf untuk stretchy fabrics

ini, akibat kejadian kalau main tekap je xde pakai formula
memang ada pros n contras nya..
pada saya, kalau nak cepat with results yang agak terjamin, camnila caranya
kalau pakai formula, belum tentu dapat effects yang kita idamkan
(mungkin boleh dapatla after a few trials)
cthnya macam nak lengan slim sikit ke, leher terjungkit sket ke..

kecuali..
korang sangat tererlah! hehee..

close up,
texture kain..


so memanglah memeri tapi tak lembik sangat kainnya dan agak tebal juga
thats why nampak keras kejung je
mana tah saya beli kain ni..
hahahaa..

tapi pada saya, bila dah jadi baju ok je..
texture bahagian dalam dia lembut so tetap selesa


tu je untuk kali ni
rasa2nya momentum nak menjahit ada lagi ni..
serger pun dah tiptop..
nak jahit apa lagi ni eh?

........



No comments:

Post a Comment