Kak Firdhaus nak baju budak2 gaya muslimah ye.. pesannya.
tapi nak juga element kanak2, ruffles, ribbons..
gaya macam overall, tapi jahit terus coz nak avoid kena pakai baju berlapis2
tema hijau sedondon untuk majlis akikah
cari kain pun tugas saya sebab firdhaus masih belum habis pantang baby terbaru
saya pilih kain corduroy ni, MMS to firdhaus dari kedai
so dengan kain corduroy hijau ni with matching polka dots cotton,
ini yang saya hasilkan
in line.. syok pulak tengok beratur camnih
collection comprises of
baju untuk kakak, 8 tahun
adik yang sangat comel, 4 tahun
dan sepupu, Anan perempuan, 2 tahun
ok, semua pun nak tunjuk ye!
last but not least,
seluar dan vest untuk Anan lelaki machola, 2 tahun
vest idea last minute
sebenarnya nak pakaikan kat si kecik 2mos
so makcik tailor belum tengok lagi baby ni tembam ke tak..
buatla guna pattern 6 mos bodice
bila siap jadi macam sepasang plak dengan seluar untuk 2 tahun
bolehlah..
lagipun baju baby yg agak tahan lama saiz 2 tahun
anak2 saya, beli baju kebanyakkannya saiz dua tahun
sebab mak dia cheapskate nak suruh pakai baju lama sikit
babies kan cepat membesar..
lepas dah tak muat,
cari kain remnants yg agak2 matching
sambung lagi (especially denims )
kalau boleh biar muat pakai sampai darjah satu...!
hahahaaa melampau
tu tak citer lagi yang bergilir2 pakai dari kakak turun ke adik.. hihihi
ok, close up untuk seluar Anan lelaki (kembar dengan Anan perempuan)
pattern ambik dari seluar budak 3 tahun
puas hati bila dah siap tempahan ni..
cumanya bila first time buat, bahagian yang kena agak2 tu ada la lari2 sket
pemilihan kain pun gamble je, kot panas ke, berbulu ke..
kena ambik risiko la sket
especially kain yg belum pernah guna..
walaupun appearance wise dah okla tu kan!
apa2pun harap firdhaus berpuas hati..
terima kasih kerana mengoder..
nak jugak selit satu pict alya test baju ni
sama saiz rupa2nya diorang ni!
(senyum orang yang risau takut orang nampak gigi dia yang berlapis tu)
eh tapi ni masa belum siap betul lagi
lengan belum letak getah, ribbon pun belum pasang lagi
memang kena buat lagi la dresses macam ni untuk anak2 gadis yang sedang membesar ni..
biar sama naik dengan maknya jugak. hihi ;P
sekian
No comments:
Post a Comment